My Lovely Friends =)

Welcome readers, and thanks for visiting my blog..:)

*Spread some love :)*

Saturday, October 16, 2010

Semalam kurus, hari ni GEMUK.

*Yang ayat kaler ijau ni nak baca takpa, tanak baca lagi bagus sebab merepek semata-mata.*


Okay murid-murid. Hari ni Cikgu Dada nak ajar cara-cara untuk kamu tambahkan berat badan sebab kamu semua ni cikgu tengok kurus keding kerempeng macam tak cukup makan jer. Budak-budak umur macam kamu ni tak sesuai kurus, besar nanti kalau nak kurus dan slim macam cikgu takpa. :P hahaha. Kesian anak murid cikgu taw kena kutuk.  :P

Entry kali ni saya buat atas permintaan ramai, yang bertanyakan tips-tips untuk tambahkan berat badan atau dengan erti kata lain, nak transform badan yang kurus kepada berisi/chubby/gemuk. Masa saya post entry nak kurus dulu ramai yang tanya saya cara-cara nak gemuk. Pulak dah.;)


perhatian: gambar ini hiasan semata-mata.tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia :D

tough tak badan i? -tanya Jessica kepada audience.

Tapi takpa demi kawan-kawan tercinta saya turutkan permintaan itu tapi kali ni saya menulis bukan atas pengalaman sendiri lah yer sebab saya tak penah pun cuba nak gemuk, kecuali masa form 4 dulu. Ahaha..cerita lama, sudah jangan dipikirin lagi. waaaahh bahasa indonesia kau. :P
Jadi dengan ini saya nak umumkan untuk buat entry kali ini saya telah meng-GOOGLE-kan diri sendiri, :') untuk mencari info-info yang berguna dalam tambahkan berat badan. Hope u guys suka dan dapat praktikkan lah yer dalam kehidupan seharian korang. :)

Tips-tipsnya:

1) Makan 5-6 kali sehari.
-Ingat ayat ni, "to get BIG, you have to eat BIG!" Makan makanan yang berkarbohidrat tinggi macam roti dan nasi, tapi hindarilah junk food yer kawan-kawan, kalau korang rasa makan junk food dapat tambahkan berat badan , ya mungkin betul tu. Tapi cara ini tak sihat sama sekali, percayalah berat badan korang mungkin bertambah tapi jangka hayat korang nescaya semakin berkurang. So, JANGAN! Ikutlah cara sihat, banyak lagi cara lain selain makan benda macam tu.

2) Bersukan dan olahraga.
-Sukan atau olahraga sebenarmya dapat membantu menambahkan berat badan kerana apabila banyak tenaga yang keluar, korang mesti akan berasa lapar. Tapi memang umum tahu sukan ni sangat bagus untuk kesihatan, so rajin-rajinlah bersukan.


3) Kurangkan merokok.
-Bagi perokok pulak, usahakan untuk kurang atau lebih baik berhenti terus dan gantikan aktiviti merokok dengan mengunyah sesuatu seperti keropok dan sebagainya.

4) Minum susu /milo/ horlicks
-Sebelum tidur minumlah minuman yang hangat seperti minuman milo, susu dan horlicks.Susu khususnya, selain sihat juga dapat menggemukkan badan korang, khususnya susu full cream. Disarankan untuk minum susu jenis full cream dua kali sehari.



5)Tidur sebanyak yang mungkin :D
-Ni memang kena dengan jiwa saya. Saya suka tidur! hahahha. Korang disarankan tidur pada waktu siang sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam. Lagipun tubuh kita perlukan 8 jam minimum untuk berehat. So cariklah masa untuk tidur . tau?

6) Amalkan LEMAK BAIK, hindari LEMAK JAHAT
-Lemak jahat ni macam kek, candy, chips, dan makanan fast food macam McD, KFC, suma tuh la. Yang  ni  korang kena hindari untuk mengelakkan penyakit.
-Lemak baik ni adalah makanan yang ada tinggi protein, tapi kurang lemak. COntohnya adalah ikan tuna (dan segala jenis seafood yang lain), dada ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan, dan selainnya. Haa yang ni baru korang leh makan selalu k?



7)Supplement?
-Untuk tambahkan berat badan korang tak perlu pun benda alah ni, tapi memang benda ni berkesan untuk buat korang gemuk dengan cepat. Tapi benda ni hanya boleh diambil apabila ada good diet dan training program yang konsisten dan teratur.


Okay itu saja tips-tips yang dapat saya cari.Saya curik sini sikit, curik sana skit, jadilah information macam yang tertera di atas. :D Kalau korang ada nak kongsi tips kat bahagian komen dipersilakan. Sharing is caring kan? ;)


So, again...Good luck kepada yang nak try tambah berat tuh! :)


Urs truly,

LIKE now, pls! :D






34 comments:

Radin87

hmm.. setuju2. minum milo sebelum tido. kurang 2 bulan dh boleh nampak hasilnya. naik 2,3 kg senang2 jer. huhu

dah serik dah.. haha

CIK TOM

tak nak gemuk...
nak kurus!!!
hehehe

Anonymous

tips tambah berat bdn pula...asyik tips kurang berat badan jer..huhuhu...

Anonymous

lps ni bg cara2 nk tough plak..:P

cik amalyna

dada tenkiu2 4 dis information :)
akan dipraktikkan :)

suzie rahman

wah xmau r dada...i nk kurus xleh guna tips ni..k kekal kan tip mkn epal hijau.hahaha

Haw

takmo ar gemok.. sbb nanti susah nak kurus

nadia atilah

: terima kasih cik dada . atlast ada gak tips untuk besar kan badan . haha

Izzaty Ishak

Whoa entry kali ni zaty suka. Hoho. Semua bole follow ni, tapi zaty kantoi bab minum susu. Adoihh~

So kena minum susu pasnih! :D

Unknown

saya tak nak lemak....tolong... :D

Roxy zai

hehehe..kesian dgn kawan2 i yg nak gain weight..maybe they shud try ur tips laa dear..*wink*

rapunzel

hehe..ya rakan2 syg...mari praktikkan ya..;)

ieda

thanx dikk for sharing .. sokong sgt2.. kawal berat bdn utk kelihatan sihat selalu :))

rapunzel

no problem akak ieda..;)
mari sama2 jaga kesihatan. hehe

Thomas Lee/Lee Lip Pang

Siapa pulak yg nak gemuk ni.

Chilabaey's Spot 2

Kunjungan kali pertama di blog awak... Hebat and nice looking blog....

*Jom join contest saya pulak... Hadiah menarik... :)

Bermula : 15-25 Oktober 2010

http://chilabaeys.blogspot.com/2010/10/perhatian-contest-chilabeays-spot-telah.html

mrnoble

2) Bersukan dan olahraga. <-- aku rasa yg ni paling bagus, sebab dpt membina otot/tambah daging/tambah la berat badan tu tu :D

mkn byk2 pon kalau tenaga tu tak digunakan, mmg akan dibuang begitu saja :D

Mindbreaking

bguslah tips ni tuk MM

booja

xnk gemok nak maintain biase2 je...

rapunzel

hehe...:) trima kasih semua di atas pndangan korg. :)

Solihin Zubir

woahh.. thanx dada... boley la sy jd gemok n bolat pasni.. ahaha.. ;-p

Faizal n Fashitah

Minum kopi susu tiap2 malam.. makan nasik tgh2 malam bute.. CONFIRM dalam masa 2 bulan bleh gemok. Tu la saya dah tak nak amalkan lagi.. serik hehehehe..

Faiz Tapit

alaaa.... xboley merokok ke?
haha

Anonymous

pidut pernah try makan 2 biji burger b4 tido.pas mkn terus tido..tapi tak naik gak..mybe sbb metabolisma tinggi sgt kot..

Post Terhangat...

Tips Menambah Kawan(Part 1)

Elie Lily

i salu xmakan malam pun, berat still xturun2..haish!!
hahahha

noreed

errr 5-6 kali cikgu? letih rahang ni mengunyah nnt.hehhehe

Robot | Sakti

dah cukup besar dah eden ni.
tak nak lah besarkan lg.

hehehehe

:)

Anonymous

i eat BIG, stil i dun get bigger. huhu

mrs jamal

yang kuar hujan2 tu cantik..makcik suka..ala tuuuu yang kt header tu

rapunzel

oh yeke..hehe...trima kasih makcik ;)

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal

haaa yg ni zama mmg kne follow. tp zama plg suke yg tito byk2 tu. favourite tu ! tp x jugak gemok,hehe

Gayahspears

dada!!!tip yg baik.. ley aku try.. aku nk chubby ckey.. tak mo kurus sgt.. tak mo gemuk sgt~wakakakka

Mat Sentap

nampaknye sy pun semakin gemok!! arghh....

lan_ax

baru 3 hari amalkan tips ni, dh terasa cm gemok la.. tp xpe sbb mmng nk naikkn berat badan pn.. thanks..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

Post a Comment