My Lovely Friends =)

Welcome readers, and thanks for visiting my blog..:)

*Spread some love :)*

Thursday, September 30, 2010

Goodd Morninggggg!! :)

Hehe. semangat nak update blog pepagi ni.
hari ni saya akan keluar with my girls, so mungkin tak dapat blogwalking sangat. takpe balik-balik je saya terus melawat page korang semua, k? :) Promise!

Macam-macam benda saya nak buat bila kuar hari nih, first sekali mungkin pegi saloon, buat eyebrow threading and teman Fai potong rambut, sebab saya jadi hair consultant dia. Dia mintak nasihat saya untuk bagi idea buat potongan macam mana :D *rosaklah rambut u Fai kalau ikut idea I. hahahah. Pastu pegi shopping barang-barang yang perlu, then tengok wayang. heh memang takleh tinggal.

Okay la kawan-kawan see u guys later. Nak mandi! hehe.

bye!




LIKE now, pls! :D






Tuesday, September 28, 2010

*UPDATED ! Blackberry, harga durian runtuh!! (recon set)



Rakan-rakan, saya  jadi dealer jual Blackberry Smartphone. Sesiapa yang berminat bolehlah komen di bawah ni dan tinggalkan details macam korang nak model apa, price rate and so on. Kalau boleh saya nak yang serius buyer je, yang betul-betul nak carik hp..:)
Recon set ada, ori set from Brightstar pun ada. Kalau bukan daripada Brightstar tu tak ori yer. :D

*Selain BB, model lain macam iPhone, HTC and  iPad pun ada.

Okay these are the price details:

RECON SET 
Blackberry models:

1) 8520 - RM800 (black/white)
2)8900 - RM800 
3) 9000 - RM850 (black/white)
4)9500 - RM700
6) 9520 - RM1150
7) BOLD 9700 - RM1300 (black/white)




ORI SET  (from Brighstar)

Blackberry models:

1) 8520 - RM1000 (black/white)
2)8900 - RM1100 
3) 9000 - RM1350 (black/white)
4)9500 - RM1100
6) 9520 - RM1688
7) BOLD 9700 - RM1688 (black/white)
8) TORCH 9800 - RM2350



RECON SET
iPhone models :

1) iPhone 3g 8gb- RM1200
2) iPhone 3g 16gb- RM1350
 3) iPhone 3gs 16gb - RM1650
4) iPhone 3gs 32gb - RM1800 



ORI SET
iPhone models:
  
1)  iPhone 4g 16gb - RM2780
2)  iPhone 4g 32gb - RM3300 

*ori set for 3g and 3gs dah tak keluar, yang ada hanya recon.
*untuk iPhone 4, kalau  korang tight up dengan telco lagi murah. for example kalau korang beli dengan digi sekarang, baru RM2100 je. murah kan? ;)
*my partner cakap suruh i push recon set sebab harga murah, duit yang lebih korang boleh simpan untuk repair, tu pun kalau ada problem lah. tapi setakat ni memang jarang ada problem. Lagipun recon set kalau jual balik, tak rugi banyak pun.

WARRANTY: 
~ALL RECON SET HAVE ONLY 1 MONTH WARRANTY FROM GADGET FACTORY(my partner's company)
~ FOR ORI SET BLACKBERRY (BRIGHTSTAR), 18 MONTHS WARRANTY FROM BRIGHSTAR.
~ORI SET IPHONE IS DIRECT TO APPLE STORE(SUPPLIER FOR THE WHOLE MALAYSIA) , 
1 YEAR WARRANTY.



 Thank you! ;)







LIKE now, pls! :D






YeaY! Finally Merdeka! :)

Exam saya sudah habis semalam. Best gila neh. Tak payah nak stay up dah, baca notes-notes yang panjang, buat latihan math dan yang paling penting, blog saya ni takkan diabaikan lagi. hahaha. :D Blog will always be my priority...hehe...

So lepas ni bolehlah update macam biasa, blogwalking macam biasa, bestnyaaaaa. ;) BE pun dah bertambah lagi satu, tapi satu campaign da jadi ME. Hee tak apalah sebab satu pergi, satu mari..jadi balance lah tu kan. hehe.



Saya nak buat ucapan terima kasih kepada Didi dan Wawa sayang yang tak penat melayan kerenah saya sepanjang saya lepak study kat rumah dorang...hehe..dan jugak kepada Faizah yang memang dah terang-terang banyak tolong saya, seperti tolong add subjek, tolong belikan air, belikan makanan, suapkan panadol..hehe...sayang u lahh..muahxx! :P


Okay di bawah adalah gambar-gambar right after I finish my paper yesterday. Semangat okay tangkap gambar segala. *kau nak tunjuk kau dah merdeka lah tu.:D
Tapi kawan-kawan saya belum habis exam lagi..saya je yang dah habis tu yang dorang jeles tu. hehe. takpa-takpa korang study hard tau, nanti korang dah habis kita kuar lepak hari Khamis ni macam yang dah dijanjikan. heheh.





















LIKE now, pls! :D






Saturday, September 25, 2010

Final Exam Week




Hellloo!!!


Rindddduuu gila rasa nak update blog kesayangan ni...memang macam orang gila kejap, bayangkan lah, boleh online tapi tak boleh buat apa-apa dengan blog ni..tapi apakan daya, pelajaran harus diutamakan..ni pun saya update sebab baru je habis satu paper tadi..so takkan nak terus study kan...rilex-rilex dulu...

Hurm exam saya tinggal lagi satu subjek...tak sabar nak buat dan habiskan, sebab saya ni sebenarnya dah penat...penat otak, penat fizikal, penat emosi..Exam sucks gila, susah..;( Memang tension...I just hope I can get good results...Pray for me k?





LIKE now, pls! :D






Tuesday, September 21, 2010

Bufferd Earning again!!

Hye semua..
seperti yang korang sedia maklum, saya tengah final exam skarang...
memang takleh nak update blog sangat..
kali ni saya nak update pasal BE lagi...dah bertambah lagi satu BE saya, so sekarang semuanya ada 4 BE. Alhamdulillah..




Walaupun tak sangat online blog sebab busy, tapi terharu sebab pihak nuffnag masih nak bagi BE...terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang tolong klik-klik nuff saya..hehe..sayang korang sangat lah ! ;)

Okay korang, see u after my final exam..which is on next Monday. ;)
Daaaa..!!





Urs Truly,



LIKE now, pls! :D






Sunday, September 19, 2010

Rapunzel Dada & Nouvelle Visages

Hikhikhik...mulakan entry dengan gelak kecil dahulu, untuk cover rasa bersalah.. T___________T

Okay fineeeee saya surrender! Memang tak dapat tahan diri daripada update blog kesayangan ni setiap hari..hehe..After all siapa yang boleh berhenti update bila dapat tahu baru dapat Buffered Earning? heee...rasa lagi nak blogging ada la..;) *semangat.


Korang,sedih kan bila dapat tau pasal arwah Datuk Sosilawati...tak sangka dia dan 3 yang lain dibunuh dengan begitu kejam.Saya turut rasa simpati terhadap keluarga kesemua mangsa, saya harap pembunuh tu akan dihukum dengan seadilnya..Jangan biarkan dia terlepas, kalau terlepas jugak tau lah..memang takkan selamat si celaka peguam tuh..!

Sebut pasal arwah Datuk, sebenarnya arwah pun ada kaitan secara tak langsung dengan saya...hehe tapi jangan salah paham, secara TAK LANGSUNG ye...bukan direct pun..
Meh saya nak cita apa kaitan dia.

3 bulan yang lepas, kulit muka saya mengalami masalah jerawat yang serius..memang teruk gila, :'( sedih gila dengan keadaan kulit muka saya time tu..jerawat bukannya kecik-kecik, besar gedabak lak tu, macam jerawat batu..tak pernah mengalami keadaan yang teruk sebegitu..tension!

Apabila diri tengah tension, saya pikir apa nak jadi pun jadilah..saya dah tekad nak pakai Nouvelle Visages (NV). Tetiba time tuh rasa membara semangat nak try pakai NV, sebab saya dah takda choice...saya terpaksa biarkan kulit mengelupas (sebelum ni takut nak try mana-mana produk pengelupasan).Mula-mula takut jugak kulit muka akan jadi lebih teruk,tapi alhamdulillah....sekarang bertambah  elok...dah takda jerawat langsung, tapi ada la sikit kesan parut...yang tuh take time sikit nak hilangkan..takpa pelan-pelan kayuh...kan kan? :)

So terima kasihla kepada NV dan juga ownernya..(dah jadi arwah, sedih)  kerana  kulit muka saya dah okay seperti sediakala.Saya tak kata kulit muka cantik, tapi at least ok lah daripada dulu, jerawat teruk. :') Memang puas hati! Kepada sesiapa yang nak kan kulit licin, boleh try pakai NV...memang dijamin berkesan. ;)

Btw, Al-Fatihah kepada arwah Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya.. semoga roh mereka dicucuri rahmat...

Di bawah adalah antara my latest pictures..Kulit dah tak berjerawat..Alhamdulillah ;)








Urs Truly,


LIKE now, pls! :D






Friday, September 17, 2010

I love you nuffnang! ;)

* credit to kakyong, kerana membetulkan kenyataan dada, rupanya tu bukan metered earning , tapi campaign earning..;) hee biasalah baru first time dapat benda ni, so tak berapa banyak knowledge sangat. ;) heyy kiranya saya takda ME lagi, yeay!! mari buat duit lagi..kerana ME belum muncul. huhu.


---------------------------------------- 

Okay okay. Saya tau saya dah kata takkan update. Tapi tak dapat nak tahan diri daripada post news yang satu ni, sebab saya hampir nak pengsan pun ada. heee.

Semalam saya try buka accounnt nuffnang. Nak terkeluar biji mata tengok tiba-tiba ada 3 buffered earning (BE),sebelum ni tak penah ada, harap maklum. So saya happy sangat, makin membara-bara semangat saya nak blogging nih. ;)

hehe..then...baru sebentar tadi, saya saja bukak lagi nuffnang...Alangkah terkejutnya saya, tengok ada 15 campaign earning, dengan 8 campaign iklan yang berbeza ! Homaiiiigodddd !!! 15 tuh! Mana datang banyak-banyak sangat ni? Sebelum ni sumpah takda sebab saya check tiap-tiap hari. hehe.  kepada BE, harap-harap pihak nuffnang boleh bagi lah ye. :D

Syukur sangat-sangat, terima kasih  banyak-banyak kepada pihak nuffnang yang berbaik hati memberikan ads kepada saya., saya aktif blog pun baru 2 minggu, sebelum ni suam-suam kuku...;) heheh

Love u so much nuffnang! muahx muahx! bagi lagi banyak ads k? ;)
Oh btw saya nak ucapkan trima kasih banyak-banyak kepada cik mirra yang banyak tolong ajar saya untuk jadi blogger tegar. hee. love u mirra!

my campaign earning.;)




Urs Truly,



LIKE now, pls! :D






Thursday, September 16, 2010

Pengisyhtiharan Penting aka P.P !! T___T

horror tak muka saya? cakap horror cepat! :D


Hai semua

Dengan ini saya nak mengisyhtiharkan saya takkan update blog selama seminggu. Fuh! Seminggu? Lama tu, terutamanya bagi blogger tegar macam kita ni. Heh perasan.

Sebab-sebab saya akan invi selama seminggu adalah  saya nak final exam ni.. Haih takut gila okeh. So memang tak dapat la update blog setiap hari, kena studyyyy jer. (dapatkah aku halang diri daripada update? heh mintak-mintaklah boleh)

Tapi, jangan lah sebab saya tak update, korang taknak lawat dah blog saya. Sila upkan traffik macam biasa dan kalau tak kisah bagi lah duit raya lebih sikit dengan rajin klik-klik nuff saya. :D. Kalau rajin lah, tiada paksaan di sini. heee.;)

Okelah kawan-kawan, jumpa lepas seminggu yer...in the mean time, I'll be missing this blog and all of you. Caish :D
Take care yer and wish me luck tau?

muahxx!!











Yang tengah takut nak exam,






LIKE now, pls! :D






Wednesday, September 15, 2010

Wanita tercantik !

Ehem ehem. Hari ni saya nak kongsi dengan korang semua pasal artis wanita yang bagi saya tercantik, mengikut ranking. (ceh siap ada ranking bagai agagagagaga). heh. Tapi sebelum tu saya ada pengakuan nak buat neh ;)

Hahh?? saya lesbian? ohhhhhh  SALAH!  Saya nak mengaku yang saya ni ada habit atau dalam erti kata lain, tabiat, suka tengok prempuan cantik! Serius suka sangat, tak kiralah artis ke orang biasa ke mat saleh ke. Asalkan cantik! sambil tengok tu, berfikir sendiri 'ohh ohh bilalah aku boleh jadi cantik macam itu'. hee. ;'-) tapi apapun saya bersyukur dengan keadaan diri seadanya. ;)

Okay sudah-sudahlah tu merepek cik Dada. Jom kita tengok siapa di tangga pertama.


1) Fazura
Haa ni lah dia number satu (di hati saya :D). Fyi dialah satu-satunya artis yang saya minati sejak sekolah, dan berkekalan sampai sekarang. Lawa kan? comel kan? manis kan? 3 in 1 lah kira...muka Fazura babyface sangat, dan saya rasa saya akan koma pengsan kalau terserempak dengan dia. Heh poyo jer. Daripada dulu sampai sekarang memang dia number 1, takda orang lagi boleh challenge. hehe



2) Lisa Surihani
Mesti ramai yang cair dengan awek sorang ni. Muka dia memang gorgeous,macam mix pun ada kadang-kadang, tapi ada masa nampak macam perempuan melayu terakhir. ;) Mula-mula saya tak berapa minat tapi lama-lama jadi minat sebab bukan muka ja lawa,sweet, comel,  tapi akhlak pun baik,sopan-santun, pandai,bijak, u name it. ;) cayalah lisa! hehe



3) Scha Al-Yahya
Saya minat sangat kat scha. Tapi tu dulu lah. sekarang suam-suam kuku. heee. Saya mula minat dia sejak dia menang Dewi Remaja lagi. Time tu dia taklah famous macam sekarang. Dalam hati, "Eh cantiknyaaaa perempuan ni". Memang lawa pun, anak kelahiran Kedah pulak tu. hee. Bangga sekejap. T__T


Okay tu lah saja top 3 artis perempuan tercantik di Malaysia. Bagi sayalah , jangan tak puas hati pulak kalau tak sama dengan korang. erm kalau nak buat top 10, saya rasa taklah sampai 10 orang yang saya minat.Tapi saya boleh sertakan nama-nama artis wanita lain yang cantik. Antaranya Nasha Aziz, Rozita Che Wan, Erra Fazira. Tu jer lah kot. Yang lain? Sorry! tak minat! :D








Urs Truly,






LIKE now, pls! :D






Tuesday, September 14, 2010

2nd surprise, 2nd celebration! :)

Kakak being bullied! hahaha kesiannn dia...muka dah merah padam bila kena buli dengan staff TGI...:P takpalah kakak, its ur birthday..once in a year pulak tu..sekali sekala buli birthday girl apa salahnya kan...:P

Semalam celebrate buat kali ke-2 di TGI Friday's Queensbay Mall, Penang..kakak langsung tak tahu yang dia akan kena buli..hahah..dia kena myanyi, kena buat speech, kena tiup lilin dari jauh..mula-mula muka nak masam jugak tapi lama-lama dia ok..dan jadi sporting bila kena buli..hehe...tapi ok lah tu dapat makan one slice of cake, free...sedap pulak tu! nyum-nyum..;)

ok here are the pictures...enjoy!










Urs truly,

LIKE now, pls! :D






Monday, September 13, 2010

Kerinduan!


Rindu rambut ini. :(
Ada sesapa boleh kasi tak?
Please........!
Dulu saya penah buat hair extension ( penyambungan rambut), tapi masa saya buat tuh, rambut panjang dah..tp kalau buat sekarang, nampak pelikk sebab rambut saya pendek lagi..:(
Tak sabar nak rambut panjang! 













Urs truly,

LIKE now, pls! :D






Sunday, September 12, 2010

The Chronicles of Kakak's Birthday..:P




Semalam besday my elder sister, Nurul Huda. Alahh kesiannya dia, mula-mula orang buat tak tau je besday dia. Padahal bukannya orang ignore, tapi orang dah plan untuk buat surprise!
 Kesian kakak, dia ingat orang tak nak sambut besday dia, so dia offer kan cadangan kat saya, "Jom weh, malam ni kita pergi makan TGI Friday's. Aku nak makan kat situ". 
Dan saya balas, "hahhh? ada ke  TGI kat Kedah?" 
Dia jawab, " takda, tapi ada kat queensbay mall. Jom la"
hehe...dan saya kata ok, tengoklah camna.
Petang tu kitorang pergi open house rumah paklang..duduk sana sampai maghrib...
Kakak dah gelisah...nak balik..yerlah sebab nak pergi TGI kan..hahaha..takut tak sempat...
Then saya marah, tunggu lah kejap. Abah awal-awal lagi dah hilang, pergi beli hadiah dan kek. 
Paksu pun hilang awal, pergi book tempat karaoke.
Dan apabila sampai masa nak balik, dia hairan tengok Iera dan Emma ikut sekali naik kereta.
tapi dia diam ja, then dia tanya nak pergi mana ni?
kitorang jawab, rumah maktok.
hahahaha dan dia percaya..tapi tengok-tengok gi tempat lain, dia tanya lagi..pergi mana ni? kitorang tak jawab.
Then bila sampai tempat tu, nampak abah bawak kek, dia cakap sambil tersengih,
"eiiii pi rumah maktok konon...menyampahh!! "
hahahah kitorg gelak ja..;)

Best sangat, cousin-cousin datang,nyanyi bersama..
Sebenarnya plan awal nak makan Pizza Hut then baru pergi karoke..
Tapi nak buat camna, tak sempat..lepak umah paklang je dah lama gila. hehe

Tapi, the best part tau tak apa?
hehe..saya pun dapat hadiah!
memang dah lumrah, kalau kakak dapat hadiah, saya pun mesti dapat, dan begitulah sebaliknya.
Masa besday saya yang lepas, saya dapat hadiah jam tangan, perfume. 
kakak pun dapat hadiah jam tangan, and baju.
hahaha..
best-best..
sayang abah sangat!

Kepada semua yang datang semalam, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih ya..
muahxx!

And to kakak, Happy Birthday toek!
Love u mucho! ;) 


























Urs truly,







LIKE now, pls! :D