My Lovely Friends =)

Welcome readers, and thanks for visiting my blog..:)

*Spread some love :)*

Monday, December 20, 2010

Apabila diriku sudah bam bam...

Tension. Depress. Stress.

Berat dah mencecah 50 kg! ahhh bengong betul. memang patot lah pun berat gila, selera makan saya sejak akhir-akhir ni pun dah jadi menggila. Pagi nak makan, tengahari nak makan, petang nak makan, malam nak makan, tengah malam pun nak makan. Even bila tak lapar pun, saya tetap jugak nak makan. Setiap masa terbayang makanan yang sedap-sedap. Bila tak dapat makan je, saya akan marah bf saya. hahaha. kesian dia menjadi mangsa leteran (lambat makan je punya pasal). haih sejak bila lah aku jadi macam ni? :(

Ini adalah kali ke-dua berat saya mencecah 50 kg. Pertama kali masa tahun 2005 atau 2006. Saya pun tak sure yang mana satu. Masa tu, saya dah mula tak senang duduk,  terus saya beli ubat kurus yang terdapat di pasaran. Sambil tu saya buat segala yang termampu ( exercise, gi gym, diet, beli korset). My roomate masa tu, Farah dah pelik gila..sebab dia cakap saya ni tak gemuk pun kenapa nak kena makan ubat tu..tapi masalahnya bagi saya 50 kg memang dah gemuk. kalau 47 atau 48 kg ok lah jugak kan, so masa tu saya target nak capai berat 45 kg. Setelah berusaha berhempas pulas ( tak ingat berapa lama), akhirnya saya berjaya jugak capai berat badan 45kg. Ohh happy gilak masa tu, macam di awang-awangan. hee.

Dan sekarang korang semua boleh agak kan apa matlamat saya? Yea pandai. Saya nak ulang sejarah balik, saya nak berat badan 45 kg balik! yeahh! :) tapi kali ni saya tak nak lah makan ubat kurus segala, not good ok. Saya just nak cut down on food, dah tak nak makan nasi kerap dah(walaupun agak sukar sebab saya memang hantu nasi, tapi akan tetap saya usaha). heee.

Ok nak kena tekad neh...Selamat tinggal wahai makanan yang sedap-sedap dan berlemak. Padan muka pasni aku takkan makan kau dah. :D


yang bam bam,



LIKE now, pls! :D






Monday, November 22, 2010

Dolu-dolu

Saja tengok-tengok balik gambar semasa berumur 18 dan 19 tahun. Budak-budak lagi masa tuh. Eyh saya sekarang dah tua tau, dah 23 tahun dah. huhu..:P

Rindu pulak bila tengok balik gambar-gambar nih semua. Bila pikir-pikir balik best dan happy ja time tu, sebab takda kesedaran sivik lagi. Asyik enjoy ja. hehe. Sekarang? haha still takda kesedaran lagi, tapi dah ada tanggungjawab yang perlu saya pikul. Contohnya bayar bil astro, bil telefon, bil wimax, etc. Saya tolong bayar jer la tapi duit abah kasi. hikhik. :P ngokngek betul .

ha ni lah dia pic budak-budak saya. sob- sob. emo sebentar(sebab rindu zaman nih)

rambut purple+pink...rindu!!


ganas tak rambut saya kaler tuh? hehe









rindunya dgn hp ni..motorola kaler pink. :)

Urs truly,

LIKE now, pls! :D






Sunday, November 21, 2010

oh Fazura!

Agak sedey apabila mendapat tahu Fazura tak menang the Hot Chick award semalam. She deserves to win kot, sebab dia memang hot sangat!! Lawa manis cun dan hot! huhu...apapun congratulations to Scha..I love her too, but I just think that Fazura is way hotter than Scha. hehe. Sory yer peminat-peminat Scha semua!

Kepada peminat Fazura yang dah vote untuk dia, jangan kecewa sangat k...sebab Fazura tetap yang paling hot di mata kita semua. kan ? ;)
Go Fazura! Saya akan selalu support kamu, till the end. muahxx!!

pic from Fazura's fb page. 


Fazura's die hard fan,



LIKE now, pls! :D






Friday, November 19, 2010

Harry Potter & Rapunzel

Hello mello semua! :)

Apa khabar readers yang comel-lote? Salam hari jumaat saya ucapkan..hehe..
Ok saya nak komen sikit nih pasal cita Harry Potter and the Deathly Hallows...semalam saya pergi tengok cita ni di Wangsawalk , bayar tiket  rm15 (sebab couple seat), kalau seat biasa rm13..berbaloi tak bayar rm15? hurmm.........


Firstly, saya memang tak minat Harry Potter..tak penah tengok pun movie yang sebelum ni..tapi kali ni saya ikutkan je sebab memang setiap minggu kitorang (saya, bf, cousin, dan kawan-kawan) akan tengok wayang bersama..dah kira jadi macam tradisi la..huhu...so minggu ni Harry Potter telah dipilih sebagai Movie of the Week.dan keseluruhannya...erm...tak berapa memberangsangkan, tapi tak lah pulak mengecewakan..kira so-so la..nasib baik ada sedikit humor yang diselitkan, kalau tak memang agak boring cerita tu..Saya rasa, better baca buku dia daripada pergi tengok wayang. :D

Btw ini hanyalah pendapat peribadi saya dan mungkin juga sebab tak tahu menahu jalan cerita yang sebelum ni, saya rasa cerita ni okay okay saja...sorry ya kepada peminat Harry Potter!


Ok done about Harry Potter! Tau kan movie Rapunzel dah nak kuar 24hb ni...pergilah tengok, saya berlakon tuh. hahahahahaha..:P serius nih, saya yang berlakon cuma saya diubah kepada kartun ja. hehhe. bongek.
Kepada yang asyik tanya saya , apa maksud Rapunzel tuh, hah...korang dah boleh dapat jawapan dengan pergi menonton cerita ni...kalau rasa malas nak bawak kuar duit, tong-tong je dengan kawan-kawan beli cd dia nanti. Kalau tak nak jugak, lantak korang lah. Saya pun malas nak paksa orang tengok saya berlakon. hikhik. :P

So movie Rapunzel ni to me It's A Must to watch! jom join dengan saya nanti ? :)



Rapunzel versi manusia,



LIKE now, pls! :D






Thursday, November 18, 2010

It's about Rapunzel Dada. Not you. :P




Dah lama saya di tag oleh saudara Hasrul Hassan ni. Tapi baru malam ni nak buat. Minta maaf ya sebab lambat jawab..dan masih banyak lagi tag yang menunggu untuk dijawab. hehe tapi malam ni saya buat satu dulu. :)


"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."

25 eh? banyak tak banyak sangat la. Saya cuba. :)
Ok let's start.

1. Nama sebenar saya dah kasi tahu dalam entry yang lepas-lepas. Hasrul pun dah tahu. hehe. so tak payah la      bagitau lagi sekali. :P

2. Saya berumur 23 tahun dan lahir di Pulau Pinang. 

3. Saya ni seorang yang sangat-sangat sensitif, saya mudah nangis, kalau tengok cerita Bersamamu air mata         keluar macam air terjun.

4. Dan saya pun agak panas baran jugak, saya akan cepat marah dengan orang yang tak tahu nak respect           orang  lain.Saya memang pantang dengan orang yang kurang ajar. Jangan lah sekali-sekali marah saya tanpa      sebab,kalau orang tu pikir saya akan jadi takut dan nangis, u're totally wrong. Sebaliknya saya akan marah      orang tu balik (kecuali kalau saya memang bersalah, saya akan diam ja.huhu)

5. Saya gila pink. Yes! Sangat! tak malu nak mengaku nih, sebab pink kaler yang sangat lembut dan sangat           girly.  I like! :)

6. Sangat takut dengan lipas, boleh jerit dan nangis depan orang ramai tanpa rasa malu kalau nampak lipas            terbang. Sory lah brader I takda masa nak cover cun or whatsoever. Kalau dah memang takut apa pun tak      ingat. :P

7. Saya pernah mempunyai seekor kucing parsi. Dede namanya. hahahaha nama pun dah nak dekat nama tuan     dia. :P Comel gila Dede, rindu dia sangat-sangat. sob-sob.

8. Dulu saya tak minat blogging. Memang hampeh la, bukan saja tak minat, nak baca blog orang lagi lah malas.     Tapi sekarang dah jadi sebaliknya. Saya suka baca blog orang, tambah-tambah lagi yang hebat dalam cara       penulisan. Nak tau sapa? Tengok kat dalam list "They're worth checking out" saya! :)

9.  Saya suka Fazura. Dia cantik gila. Selain Fazura, saya minat dengan Nasha Aziz, Megan Fox, Kristin              Kreuk.

10. Johnny Depp hensem gila. oh! :')

11. Saya suka makan Dominos , ayam, ikan, sayur dan apa-apa saja yang boleh dimakan. hehe

12. Saya suka tengok Amrica's Next Top Model. Suka tengok model yang cantik. Suka tengok orang                   cantik. :) 

13. Saya tak pernah tahu tebu boleh dimakan begitu sahaja. haha. Tahun ni baru tahu. bongek betul.

14.Saya sayang nephew saya, dia sangat comel. :)

15.Di waktu lapang saya suka blogging, tido, tengok tv, tak pun keluar jalan-jalan tengok wayang atau                  karoke. :)    

16. Saya pernah berhadapan dengan orang yang plastik. Plastik ni maksudnya fake. Depan kita berlagak baik       tapi belakang kita, MashaAllah. jahat sungguh.  Mintak simpang lah dengan orang yang macam ni kerana         bagi saya mereka sangat berbahaya. 

17. Saya takda allergic dengan apa-apa. Alhamdulillah. :)

18. Saya tak suka exam. hate it.

19. Saya tak suka stress. Exam buat saya stress.

20.Kereta idaman saya adalah Audi A6, Bentley dan BMW 5 series. :)

21.Saya sangat suka rambut panjang. tapi bukan panjang lurus, saya suka panjang yang wavy. Nampak cantik      dan sexy. Saya menyesal gila sebab gi luruskan rambut sebelum ni. What was I thinking? Adess...tak suka        rambut lurus! Nampak flat,kalau boleh biarlah ada volume sikit.

22.Saya suka shopping. Jadi saya ni adalah perempuan yang normal. :) haha

23.Saya suka bunga, suka kalau dapat bunga ros pink :) bunga ros kaler lain pun kira ok lah jugak, tapi paling      suka ros pink! hehe

24. Saya suka dengar Suria FM, best gila. Please please korang try la dengar jugak k? korang takkan rasa             menyesal. Saya jamin. :)

25. Lastly, saya suka ambil gambar, terutama gambar diri sendiri. hhaha tak leh blah. :P


yeay dah cukup 25! okay saya malas dah nak tag kat orang lain. sesapa yang rasa nak buat tu, silakan. :)
hee.







LIKE now, pls! :D






Wednesday, November 17, 2010

Kembali.



Hai semua...
Seminggu lebih jugak saya tak update blog ni...
Rasa rindu sangat dengan blog ni..dan rindu dengan kawan-kawan blogger yang tersayang..terutamanya Cik Gayah. Genk! aku miss ko sangat-sangat tahu? terharu sebab ko slalu message hp aku tanya aku ok ke tak...thanks k syg...;)


Jadi hari ini saya KEMBALI. kembali ke dunia blog yang dah lama saya tinggalkan (ceh lama lah sangat). huhu.
Jeles je bila tengok orang lain semua entry dah banyak, saya dok macam tu jugak.huhu. oh ya saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan...semoga korang semua bergembira pada hari yang mulia ni. :)

Take care semua.









LIKE now, pls! :D






Sunday, November 7, 2010

Mati.

Mood mati sekarang.
Sampai nak update blog pun takda mood.
Tadi saya dah tulis entry panjang-panjang but then delete semua.
Sebab tiba-tiba mood mati.
Gila kan? ya mungkin sedikit.
okay dah jangan pedulikan saya.
bye.






LIKE now, pls! :D






Saturday, November 6, 2010

Banjir di Kedah....alamak rumah maktok saya pun? :(


Mula-mula saya tak amik port sangat pasal banjir kat Kedah...sebab saya pikir, alah mungkin sikit jer tu, tak lah teruk sangat...sebab Kedah sebelum ni tak penah lah ada banjir yang teruk, negeri pun aman dan damai...sekali tup-tup jadi macam ni pulak...

Dan yang paling sedih, rumah maktok saya di Alor Star pun kena banjir...Sedih sangat, sebab kalau nak tau saya tinggal bersama maktok saya sejak umur 7 tahun sampai 17 tahun...Lepas tu saya dan keluarga pindah ke Taman Rakyat Mergong (tapi tak lama sebab lepas tu pindah ke JB pula).

Di rumah maktok saya yang tengah banjir sekarang ni lah tempat saya membesar...Iskk kesiannya kat maktok dan tok ayah...:(

Banyakkan bersabar ya..ni semua dugaan daripada Allah..semoga air akan surut secepat mungkin..
Selain rumah maktok, rumah paklang saya pun dapat tempias banjir jugak...Dah la paklang saya baru ja pindah ke rumah tu...kesian dia, barang-barang pun semua baru lagi.

Ok meh tengok rumah maktok dan paklang saya yang dilanda banjir...Marilah sama-sama berdoa semoga banjir ni akan berakhir secepat mungkin...
Terima kasih.

rumah maktok

ni plak kat depan rumah

iskk tempat saya membesar neh :(

kat jalan ni lah saya dan cousin2 dulu slalu jalan2 pergi kedai runcit.

this is my paklang.

rumah paklang


air dah semakin naik



Jom doa dengan saya,

LIKE now, pls! :D






Thursday, November 4, 2010

They mean everything to me.


  • Abah di Johor Bahru.

  • Kakak, A.fendi dan baby Rayyan kat Kedah.

  • Saya? Keseorangan di Cyberjaya/Damansara. 

Bila kami sekeluarga dapat bertemu?

Hanya waktu-waktu tertentu saja, itupun bila semua orang free pada masa yang sama. Dan "waktu-waktu tertentu" itu salah satunya adalah tonight! :)

Yes they are coming to Damansara tonight! I can't wait to see them..rindu sama mereka, terutamanya baby Rayyan...dia memang sangat cute kan? oh dan handsome juga :')  padahal baby lagi...tapi dah terserlah kehensaman! hehe...

Mereka sajalah family yang saya ada ( i mean excluding uncles aunties and cousins). I love them to bits!
*mama, u r always in my heart...










Love,

LIKE now, pls! :D






Wednesday, November 3, 2010

Pesanan buat blogger :P


Haih. Rasa bersalah sebenarnya ni..

Dah lama gila tak blogwalking. Lama sangat..serius..sorry ya kepada yang dah tinggal jejak, saya tak sempat nak balas semua. Busy lah sekarang, tengok lah nak update blog pun takda masa...tapi saya happy sebab tengok follower bertambah-tambah, walaupun saya dah tak aktif sangat macam dulu. :) korang semua memang terbaek! tenkiuuuu taw! hehe

Saya busy buat apa? Ok meh nak bagitau...saya busy pegi kelas..then lepas tu kuar lepak dengan kawan-kawan..then pergi gym...kadang-kadang tengok wayang, kadang-kadang pegi karaoke..(saya hantu karaoke, harap maklum). So nak update blog tak dapat sangat..hehe..yerlah bila balik rumah ja penat, then terus tido...tengok blog pun sekadar cukup syarat...:(

Tapi saya janji benda ni takkan selalu terjadi dah. Akan saya carik masa untuk blog tercinta ni. :P
Hah btw saya nak pesan, tak perlulah kita buat entry untuk sakitkan hati blogger-blogger lain, kau ada cara kau, aku ada cara aku, so kau tak payah nak kondem cara orang lain tu tak bagus, padahal masing-masing ada style sendiri. Kalau kau tak addicted dengan blogging, just keep it to urself, perlu ke nak kondem blogger lain yang addict to blogging? Kau kata blogwalking buang masa, itu pendapat kau, tapi perlu ke nak kondem blogger lain yang slalu bw? Peliklah kau ni. Dunia blog kita ni kecik aje, buat apa lah nak sakitkan hati blogger lain? Apa kau dapat yer? Dapat cela daripada blogger lain ada lah. Iskkk. tolonglah berubah, tinggalkan sifat phd kau tuh.

Sekian.


Urs truly,

LIKE now, pls! :D






Monday, November 1, 2010

Aik ni dah melebey nie!

MMU punya schedule sekarang ni dah gone crazy. Sebelum ni add subject memang tak clashing, boleh jer add tanpa sebarang masalah. but now? hah...tengok lah tu...ada yang clashing pulak...camna tu?

Awal sem ni, subject Time Series tak kuar lagi jadual dia, hilang tiba-tiba. Pihak MMU reschedule balik...tapi tup-tup, jadi macam ni pulak..apa kes ni? nak suruh saya drop salah satu subject? Non ado! Jangan haraplah. haih. Macam-macam lah MMU..janganlah cenggini, saya nak graduate on time ni, tanak extend-extend. *Kalau aku extend kau tanggunjawablah eh? *

Hadoi laaa menyusahkan orang betul!! Grrrr...tak pasal-pasal nak kena gi jumpa lecturer, bincang nak buat camna. Geram betul. Iskk :(




Sakit hati,


LIKE now, pls! :D






Sunday, October 31, 2010

Biarkan Aku Menangis




Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta

( korus )
Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku

Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis




Saya baru balik daripada uptown Damansara, pergi makan kat situ dengan abah. Semua maklum kat situ memang femes dengan nyanyian karaoke oleh pengunjung-pengunjung yang datang ke situ. Ada sorang mamat ni nyanyi lagu Biarkan Aku Menangis...
Disebabkan lagu ini, air mata abah jatuh. Tak sanggup saya tengok abah menangis. Sedih yang teramat, sesungguhnya abah terlalu tabah menghadapi semua dugaan ini. Kesian abah, hidup keseorangan tanpa peneman. Abah, I love u so much..U still have me, kakak and baby rayyan....Be strong, please....:'(

Dari anakmu,

LIKE now, pls! :D






Friday, October 29, 2010

Tahun 2010, di usia 23 tahun, saya........

Di usia 23 tahun, saya.....

-kehilangan mama tercinta pada 2nd April 2010 :(

-kehilangan atuk tersayang :(

-di awal tahun, sering berulang alik ke hospital KPJ di Johor Bahru , hospital tu dah jadi macam rumah nombor dua. Tidur kat sana , makan kat sana, sebab arwah mama masuk situ....(pengalaman paling sedih, takkan dapat lupa sepanjang hayat)

-potong rambut pendek. (paling pendek pernah saya potong, sebelum ni rambut panjang je )


-memiliki BB Bold 2 9700 (pemberian abah)



-mendapat anak saudara lelaki (nephew) yang sangat comel. Namanya adalah Muhammad Danish Rayyan.




-ditimpa berbagai dugaan dalam family( lepas satu, satu dugaan datang). Alhamdulillah semua sudah selesai.

-pertama kali tidur tanpa mama bila balik JB :( rasa weird.

-agak aktif pergi ke gym, sebelum ni, jarang-jarang

-pertama kali naik ambulans. (sebelum ni tak pernah)

-belajar berdikari, tak semuanya harus bergantung pada family...

-belajar bayar bil-bil sendiri, sebelum ni tak tau langsung...

-pertama kali pakai contact lense, dengan tunjuk ajar cousin tercinta. Saya memang takut nak letak benda alah tu kat mata, eiiiii  rasa macam sakit je. Sekarang still belaja, baru semalam jer try pakai...





Urs truly,




LIKE now, pls! :D






Wednesday, October 27, 2010

Bicara dari hati

3 beranak. di hari pertunangan kakak.

Dulu saya pernah rasa bahawa saya adalah antara orang yang paling bertuah di dunia. Kenapa? Sebab saya rasa saya ada segalanya, atau kalau tidak pun, HAMPIR segalanya. Keluarga, kawan-kawan, kehidupan yang baik, pendidikan, etc. Kesemua benda ini buat saya rasa lengkap, buat saya rasa gembira, buat saya lebih brsyukur kerana tak semua yang bernasib baik seperti saya.

Tapi sejak akhir-akhir ini, atau lebih tepat lagi, sejak tahun ini, anehnya saya tak lagi rasa macam tu. Hidup saya macam dah tak lengkap, atau pun boleh saya simpulkan sebagai useless. Saya kehilangan seorang ibu. Ya obviously itulah penyebabnya. Tidak pernah saya sangka, saya akan kehilangan orang yang disayangi di usia sebegini, oh setidaknya biarlah saya yang pergi dulu. :(

Tapi saya redha. I have to. There's no other way to escape this. Setelah mama pergi, banyak persoalan yang timbul di minda saya..Terlalu banyak,  dan saya rasa kalau saya tulis di sini pun, orang akan hairan kenapa saya boleh berfikir sampai macam tu sekali. Saya terlalu rindukan mama, dialah segalanya dalam hidup saya, tanpa dia di sisi saya rasa macam nak gila. :(  Orang cakap saya tabah. Sejujurnya saya tak setabah yang disangka, kalau mereka nampak saya bercakap seperti biasa apabila bercakap pasal mama, sebenarnya mereka tak tahu yang pada masa yang sama tengah cuba sedaya upaya untuk tidak menangis.

Terus-terang saya cakap, saya anak manja sebab saya paling bongsu. Adik-beradik dua orang ja pun, tak banyak. Mama memang manjakan saya , dan kini saya dah hilang tempat bermanja. Ya saya masih ada abah, tapi kasih ibu dan kasih ayah berbeza. :( Saya tertekan selama ini, dan saya tak tau sampai bila saya boleh bertahan dalam situasi ni. Saya tak sabar nak jumpa arwah mama, rindu terhadap dia melebihi segala rindu di dalam dunia. :(

Al-Fatihah untuk  arwah mama.




LIKE now, pls! :D