Dah lama saya di tag oleh saudara Hasrul Hassan ni. Tapi baru malam ni nak buat. Minta maaf ya sebab lambat jawab..dan masih banyak lagi tag yang menunggu untuk dijawab. hehe tapi malam ni saya buat satu dulu. :)
"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."
25 eh? banyak tak banyak sangat la. Saya cuba. :)
Ok let's start.
1. Nama sebenar saya dah kasi tahu dalam entry yang lepas-lepas. Hasrul pun dah tahu. hehe. so tak payah la bagitau lagi sekali. :P
2. Saya berumur 23 tahun dan lahir di Pulau Pinang.
3. Saya ni seorang yang sangat-sangat sensitif, saya mudah nangis, kalau tengok cerita Bersamamu air mata keluar macam air terjun.
4. Dan saya pun agak panas baran jugak, saya akan cepat marah dengan orang yang tak tahu nak respect orang lain.Saya memang pantang dengan orang yang kurang ajar. Jangan lah sekali-sekali marah saya tanpa sebab,kalau orang tu pikir saya akan jadi takut dan nangis, u're totally wrong. Sebaliknya saya akan marah orang tu balik (kecuali kalau saya memang bersalah, saya akan diam ja.huhu)
5. Saya gila pink. Yes! Sangat! tak malu nak mengaku nih, sebab pink kaler yang sangat lembut dan sangat girly. I like! :)
6. Sangat takut dengan lipas, boleh jerit dan nangis depan orang ramai tanpa rasa malu kalau nampak lipas terbang. Sory lah brader I takda masa nak cover cun or whatsoever. Kalau dah memang takut apa pun tak ingat. :P
7. Saya pernah mempunyai seekor kucing parsi. Dede namanya. hahahaha nama pun dah nak dekat nama tuan dia. :P Comel gila Dede, rindu dia sangat-sangat. sob-sob.
8. Dulu saya tak minat blogging. Memang hampeh la, bukan saja tak minat, nak baca blog orang lagi lah malas. Tapi sekarang dah jadi sebaliknya. Saya suka baca blog orang, tambah-tambah lagi yang hebat dalam cara penulisan. Nak tau sapa? Tengok kat dalam list "They're worth checking out" saya! :)
9. Saya suka Fazura. Dia cantik gila. Selain Fazura, saya minat dengan Nasha Aziz, Megan Fox, Kristin Kreuk.
10. Johnny Depp hensem gila. oh! :')
11. Saya suka makan Dominos , ayam, ikan, sayur dan apa-apa saja yang boleh dimakan. hehe
12. Saya suka tengok Amrica's Next Top Model. Suka tengok model yang cantik. Suka tengok orang cantik. :)
13. Saya tak pernah tahu tebu boleh dimakan begitu sahaja. haha. Tahun ni baru tahu. bongek betul.
14.Saya sayang nephew saya, dia sangat comel. :)
15.Di waktu lapang saya suka blogging, tido, tengok tv, tak pun keluar jalan-jalan tengok wayang atau karoke. :)
16. Saya pernah berhadapan dengan orang yang plastik. Plastik ni maksudnya fake. Depan kita berlagak baik tapi belakang kita, MashaAllah. jahat sungguh. Mintak simpang lah dengan orang yang macam ni kerana bagi saya mereka sangat berbahaya.
17. Saya takda allergic dengan apa-apa. Alhamdulillah. :)
18. Saya tak suka exam. hate it.
19. Saya tak suka stress. Exam buat saya stress.
20.Kereta idaman saya adalah Audi A6, Bentley dan BMW 5 series. :)
21.Saya sangat suka rambut panjang. tapi bukan panjang lurus, saya suka panjang yang wavy. Nampak cantik dan sexy. Saya menyesal gila sebab gi luruskan rambut sebelum ni. What was I thinking? Adess...tak suka rambut lurus! Nampak flat,kalau boleh biarlah ada volume sikit.
22.Saya suka shopping. Jadi saya ni adalah perempuan yang normal. :) haha
23.Saya suka bunga, suka kalau dapat bunga ros pink :) bunga ros kaler lain pun kira ok lah jugak, tapi paling suka ros pink! hehe
24. Saya suka dengar Suria FM, best gila. Please please korang try la dengar jugak k? korang takkan rasa menyesal. Saya jamin. :)
25. Lastly, saya suka ambil gambar, terutama gambar diri sendiri. hhaha tak leh blah. :P
yeay dah cukup 25! okay saya malas dah nak tag kat orang lain. sesapa yang rasa nak buat tu, silakan. :)
hee.
LIKE now, pls! :D
14 comments:
amboi
webcam ngan sape 2?
Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
webcam sorang-sorang lah hafiz :P hehe
=_=" student?
syg.. awat tulis takdak perenggan ni.. pening la nak baca :( tulis la bagi ada perenggan.. kan senang nak baca..
james: yup still a student :)
crayon: haha ok2 nak edit bagi ada perenggan :P
hey! i pun suke gile kat fazura.. :)
http://eeqa1988.blogspot.com/2010/10/twenty-five.html
Perghhh...rajin jawap tag camni hehehe. Anyway, minat Audi ek. Same here. Best hehe XD
ade award for you..
nnt amek kehhh...ngeeeeeeeee...
http://akulahgereknya.blogspot.com/2010/11/my-1st-award-from-fatin-liyana.html
ok.. tq syg!
hehehe ;P
salam ...
thanks sebab sudi jawab bagi entri "Mencari identiti blogger yang hilang" ... mengenali seorang blogger tak sama dengan mengenali personaliti di sebalik identiti blogger tu. :)
So dah banyak tahu .. lepas nih kenalah lebih sensitif. :)
hanis zalikha worth to check out?
lol.
tak caya u suke suria fm. i cube tuk baca berulang2 kali part u ckp u suke suria fm tu.hihi
:)
uiks kenapa u x percaya eh? hehe
Post a Comment