*Yang ayat kaler ijau ni nak baca takpa, tanak baca lagi bagus sebab merepek semata-mata.*
Okay murid-murid. Hari ni Cikgu Dada nak ajar cara-cara untuk kamu tambahkan berat badan sebab kamu semua ni cikgu tengok kurus keding kerempeng macam tak cukup makan jer. Budak-budak umur macam kamu ni tak sesuai kurus, besar nanti kalau nak kurus dan slim macam cikgu takpa. :P hahaha. Kesian anak murid cikgu taw kena kutuk. :P
Entry kali ni saya buat atas permintaan ramai, yang bertanyakan tips-tips untuk tambahkan berat badan atau dengan erti kata lain, nak transform badan yang kurus kepada berisi/chubby/gemuk. Masa saya post entry nak kurus dulu ramai yang tanya saya cara-cara nak gemuk. Pulak dah.;)
 |
perhatian: gambar ini hiasan semata-mata.tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia :D |
 |
tough tak badan i? -tanya Jessica kepada audience. |
Tapi takpa demi kawan-kawan tercinta saya turutkan permintaan itu tapi kali ni saya menulis bukan atas pengalaman sendiri lah yer sebab saya tak penah pun cuba nak gemuk, kecuali masa form 4 dulu. Ahaha..cerita lama, sudah jangan dipikirin lagi. waaaahh bahasa indonesia kau. :P
Jadi dengan ini saya nak umumkan untuk buat entry kali ini saya telah meng-
GOOGLE-kan diri sendiri, :') untuk mencari info-info yang berguna dalam tambahkan berat badan. Hope u guys suka dan dapat praktikkan lah yer dalam kehidupan seharian korang. :)
Tips-tipsnya:
1) Makan 5-6 kali sehari.
-Ingat ayat ni,
"to get BIG, you have to eat BIG!" Makan makanan yang berkarbohidrat tinggi macam roti dan nasi, tapi hindarilah junk food yer kawan-kawan, kalau korang rasa makan junk food dapat tambahkan berat badan , ya mungkin betul tu. Tapi cara ini tak sihat sama sekali, percayalah berat badan korang mungkin bertambah tapi jangka hayat korang nescaya semakin berkurang. So, JANGAN! Ikutlah cara sihat, banyak lagi cara lain selain makan benda macam tu.
2) Bersukan dan olahraga.
-Sukan atau olahraga sebenarmya dapat membantu menambahkan berat badan kerana apabila banyak tenaga yang keluar, korang mesti akan berasa lapar. Tapi memang umum tahu sukan ni sangat bagus untuk kesihatan, so rajin-rajinlah bersukan.
3) Kurangkan merokok.
-Bagi perokok pulak, usahakan untuk kurang atau lebih baik berhenti terus dan gantikan aktiviti merokok dengan mengunyah sesuatu seperti keropok dan sebagainya.
4) Minum susu /milo/ horlicks
-Sebelum tidur minumlah minuman yang hangat seperti minuman milo, susu dan horlicks.Susu khususnya, selain sihat juga dapat menggemukkan badan korang, khususnya susu full cream. Disarankan untuk minum susu jenis full cream dua kali sehari.
5)Tidur sebanyak yang mungkin :D
-Ni memang kena dengan jiwa saya. Saya suka tidur! hahahha. Korang disarankan tidur pada waktu siang sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam. Lagipun tubuh kita perlukan 8 jam minimum untuk berehat. So cariklah masa untuk tidur . tau?
6) Amalkan LEMAK BAIK, hindari LEMAK JAHAT
-Lemak jahat ni macam kek, candy, chips, dan makanan fast food macam McD, KFC, suma tuh la. Yang ni korang kena hindari untuk mengelakkan penyakit.
-Lemak baik ni adalah makanan yang ada tinggi protein, tapi kurang lemak. COntohnya adalah ikan tuna (dan segala jenis seafood yang lain), dada ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan, dan selainnya. Haa yang ni baru korang leh makan selalu k?
7)Supplement?
-Untuk tambahkan berat badan korang tak perlu pun benda alah ni, tapi memang benda ni berkesan untuk buat korang gemuk dengan cepat. Tapi benda ni hanya boleh diambil apabila ada good diet dan training program yang konsisten dan teratur.
Okay itu saja tips-tips yang dapat saya cari.Saya curik sini sikit, curik sana skit, jadilah information macam yang tertera di atas. :D Kalau korang ada nak kongsi tips kat bahagian komen dipersilakan. Sharing is caring kan? ;)
So, again...Good luck kepada yang nak try tambah berat tuh! :)
Urs truly,
LIKE now, pls! :D