My Lovely Friends =)

Welcome readers, and thanks for visiting my blog..:)

*Spread some love :)*

Sunday, October 31, 2010

Biarkan Aku Menangis




Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta

( korus )
Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku

Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis




Saya baru balik daripada uptown Damansara, pergi makan kat situ dengan abah. Semua maklum kat situ memang femes dengan nyanyian karaoke oleh pengunjung-pengunjung yang datang ke situ. Ada sorang mamat ni nyanyi lagu Biarkan Aku Menangis...
Disebabkan lagu ini, air mata abah jatuh. Tak sanggup saya tengok abah menangis. Sedih yang teramat, sesungguhnya abah terlalu tabah menghadapi semua dugaan ini. Kesian abah, hidup keseorangan tanpa peneman. Abah, I love u so much..U still have me, kakak and baby rayyan....Be strong, please....:'(

Dari anakmu,

LIKE now, pls! :D






Friday, October 29, 2010

Tahun 2010, di usia 23 tahun, saya........

Di usia 23 tahun, saya.....

-kehilangan mama tercinta pada 2nd April 2010 :(

-kehilangan atuk tersayang :(

-di awal tahun, sering berulang alik ke hospital KPJ di Johor Bahru , hospital tu dah jadi macam rumah nombor dua. Tidur kat sana , makan kat sana, sebab arwah mama masuk situ....(pengalaman paling sedih, takkan dapat lupa sepanjang hayat)

-potong rambut pendek. (paling pendek pernah saya potong, sebelum ni rambut panjang je )


-memiliki BB Bold 2 9700 (pemberian abah)



-mendapat anak saudara lelaki (nephew) yang sangat comel. Namanya adalah Muhammad Danish Rayyan.




-ditimpa berbagai dugaan dalam family( lepas satu, satu dugaan datang). Alhamdulillah semua sudah selesai.

-pertama kali tidur tanpa mama bila balik JB :( rasa weird.

-agak aktif pergi ke gym, sebelum ni, jarang-jarang

-pertama kali naik ambulans. (sebelum ni tak pernah)

-belajar berdikari, tak semuanya harus bergantung pada family...

-belajar bayar bil-bil sendiri, sebelum ni tak tau langsung...

-pertama kali pakai contact lense, dengan tunjuk ajar cousin tercinta. Saya memang takut nak letak benda alah tu kat mata, eiiiii  rasa macam sakit je. Sekarang still belaja, baru semalam jer try pakai...





Urs truly,




LIKE now, pls! :D






Wednesday, October 27, 2010

Bicara dari hati

3 beranak. di hari pertunangan kakak.

Dulu saya pernah rasa bahawa saya adalah antara orang yang paling bertuah di dunia. Kenapa? Sebab saya rasa saya ada segalanya, atau kalau tidak pun, HAMPIR segalanya. Keluarga, kawan-kawan, kehidupan yang baik, pendidikan, etc. Kesemua benda ini buat saya rasa lengkap, buat saya rasa gembira, buat saya lebih brsyukur kerana tak semua yang bernasib baik seperti saya.

Tapi sejak akhir-akhir ini, atau lebih tepat lagi, sejak tahun ini, anehnya saya tak lagi rasa macam tu. Hidup saya macam dah tak lengkap, atau pun boleh saya simpulkan sebagai useless. Saya kehilangan seorang ibu. Ya obviously itulah penyebabnya. Tidak pernah saya sangka, saya akan kehilangan orang yang disayangi di usia sebegini, oh setidaknya biarlah saya yang pergi dulu. :(

Tapi saya redha. I have to. There's no other way to escape this. Setelah mama pergi, banyak persoalan yang timbul di minda saya..Terlalu banyak,  dan saya rasa kalau saya tulis di sini pun, orang akan hairan kenapa saya boleh berfikir sampai macam tu sekali. Saya terlalu rindukan mama, dialah segalanya dalam hidup saya, tanpa dia di sisi saya rasa macam nak gila. :(  Orang cakap saya tabah. Sejujurnya saya tak setabah yang disangka, kalau mereka nampak saya bercakap seperti biasa apabila bercakap pasal mama, sebenarnya mereka tak tahu yang pada masa yang sama tengah cuba sedaya upaya untuk tidak menangis.

Terus-terang saya cakap, saya anak manja sebab saya paling bongsu. Adik-beradik dua orang ja pun, tak banyak. Mama memang manjakan saya , dan kini saya dah hilang tempat bermanja. Ya saya masih ada abah, tapi kasih ibu dan kasih ayah berbeza. :( Saya tertekan selama ini, dan saya tak tau sampai bila saya boleh bertahan dalam situasi ni. Saya tak sabar nak jumpa arwah mama, rindu terhadap dia melebihi segala rindu di dalam dunia. :(

Al-Fatihah untuk  arwah mama.




LIKE now, pls! :D






Sekali-sekala lepas geram!

Tak boleh blah betul dengan orang yang sombong ni. Ntah apa motif dia sombong pun ntah lah. Mungkin dia rasa dia bagus sangat kot, bagus celah mana pun tak tau. Iskkkkkkk bengong betul. 

Orang macam ni elok kita sombong balik, barulah fair & lovely. Kepada kamu, lepas ni jangan harap nak tengok saya yang macam dulu, tak guna buat baik kat orang macam awak. 

-End-



Yang tengah sakit hati,

LIKE now, pls! :D






Tuesday, October 26, 2010

Splish Splash Bash!

Psstt pstt : bangun awal pagi sebab ada klas. hehe kalau tak, takda maknanya nak update pepagi macam neh. :P




Hye lovely readers!
Kalau korang berminat nak join apa-apa event untuk masa terdekat ni, why not korang try join this one.
Untuk info selanjutnya boleh click di sini. :)
My sista adalah salah seorang creator for this event. Kalau korang takda buat apa-apa on that particular day boleh lah pergi. tapi event ni di THE CARNIVAL WATERPARK CINTA SAYANG RESORT,Sungai Petani, Kedah...so orang-orang utara seperti Perlis, Penang dan Perak selain Kedah marilah serbu ramai-ramai ya!  Tapi yang duduk jauh pun mesti datang jugak. :P hee.

Jumpa di sana ya? (padahal aku pun tak konpem lagi pergi ke tak. hahah) :P


Urs truly,

LIKE now, pls! :D






Sunday, October 24, 2010

7 Cara Control Hensem/Macho

Hey ho!


Asyik buat entry untuk kaum perempuan je, hari ni saya nak buat pasal kaum lelaki pulak. :D


my husband. hahahahah :P hensem kan?


para lelaki, taknak ke jadi macho macam Johnny Depp? :P


Hari ni saya nak ajar para lelaki di luar sana camna untuk control hensem depan awek-awek yang ada di sekliling korang kalau korang TERJATUH.  hehe ni terjatuh betul-betul punya, bukannya terjatuh hati atau terjatuh cinta. Korang boleh praktikkan tips-tips ni yer andaikata suatu hari nanti terjadi pada batang hidung sendiri. :P


1) Kalau tersepak batu
Jangan terus bangun, sebaliknya korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian orang ramai. Lepas tu baru bangun bila tak ada orang nampak..

2)Kalau terjatuh basikal
Cepat-cepat naik basikal korang semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat korang saja-saja buat lawak..

3)Kalau terjatuh tangga
Terus bersilat seolah-olah korang dirasuk atau seperti sedang berlawan dengan makhluk halus..

4)Kalau terjatuh dalam longkang
Pungutlah sampah yang ada dalam longkang sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang sangka korang seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan :D


5)Kalau jatuh ketika nak naik bas
Jeritlah kuat-kuat, "Oooii! Apa tolak-tolak ni?" Walaupun tak ada orang belakang korang


6)Kalau terjatuh di hadapan bus stop
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu korang. Kalau tak ada, baring terus sampai malam dan bila takda orang lagi kat bus stop, itulah masa sesuai untuk korang bangun semula.

7)Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin
Tariklah kawan(atau sesiapa yang ada kat sebelah korang) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah korang sorang saja yang dapat malu..betul tak? :P


Hehe...amacam? Ada bran nak try  tips ni? hahahahaha..obviously tips ni bukannya yang betul-betul, just for fun je ye..tapi kalau ada yang betul-betul praktikkan tips ni..saya salute anda!! :) (bajet dapat ngorat awek lah tu kalau try. hahaha)

Selamat mencuba ya kaum lelaki! Stay macho and hensem! hehe :P




Urs truly,


LIKE now, pls! :D






Saturday, October 23, 2010

Quick and short update!

First thing first. :)
Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada korang-korang yang dah melawat page my sista. :) Baik betul korang ni. Memang salutelah...hehe

Okay 2nd thing, result exam dah keluar. Alhamdulillah syukur, saya berpuas hati dengan result saya. Sebelum ni saya ingat saya akan fail segala, tapi nasib baik tak terjadi. Hehe. yeayyy!!

Then 3rdly, saya dapat ENAM tiket wayang free kat wangsawalk! yeayyy! saya yang pilih nak 6 tiket, sebab orang yang jaga kaunter tu cakap tiket unlimited, boleh pilih berapa tiket pun. Huahuahua. So tak sabar nak tengok wayang free hari ni...nak join ke? datanglah kat wangsawalk pukul 7.20 pm. :P heheehe

Okay tu jer la kot update untuk hari ni. :) Nak keluar dah ni..tu yang entry macam nak rush je..hehe. Bye readers!

P/s : Tq to my cousin, Nabila yang tolong PAKSA pakaikan contact lense kat mata saya walaupun saya dah macam takut nak mampos. hahaha




LIKE now, pls! :D






Friday, October 22, 2010

My Sista :)






Entry kali ni nak promote blog my sista, Nurul Huda atau nama glamornya Nurul Noxious. :P
Dia adalah kakak saya yang sangat toek. Heeee. Kalau sudi silalah jenguk-jenguk blog dia ya...blog dia pun not bad jugak..:)

dia lagi lama berbolgging daripada saya sebenarnya, tapi dia takda lah aktif macam saya ni. Saya ni dah kira hantu blog. hahahaha.



So jangan lupa lawat blog dia ya. Muahxxxxx!
:)





LIKE now, pls! :D






Thursday, October 21, 2010

Sayang, u r the best gf i've ever had!

Best tak? Rasa dalam awang-awangan tak kalau pasangan korang cakap macam tu? Hehe. Entry kali ni adalah strictly untuk kaum perempuan/wanita saja, tetapi lebih khusus kepada para isteri yang sudah berumah tangga supaya dapat mengetahui cara-cara untuk menjadi isteri yang disayangi suami. Lagipun adalah penting untuk ister-isteri mendengar kata suami dan jadi isteri yang baik kepada suami kan? Kepada yang tengah bercinta juga bolehlah baca tips ini sebagai panduan untuk hubungan yang lebih kukuh dan bahagia. :)

Ok let's start. Hurm,lelaki mahu itu dan ini. Mereka juga mudah jemu dengan rentak yang serupa. Apa kata ladies-ladies sekalian, selami dan fahami  keinginan pasangan korang agar ikatan yang terjalin berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah, at least kita ada usaha kan, siapa yang nak hubungan tak bahagia dan penuh duka. Betul tak?

alalala comelnya :)

urs truly :P
comel la old couple ni :) 
omg cant resist their cuteness! geram!



Jom skodeng tips-tips berikut:


1)Peka kepada rungutan 
- Kalau dia merungut yang korang dah gemuk ke, atau perangai korang semakin lama semakin melampau ke, atau muka korang dah berjerawat, jangan buat endah tak endeh je. Walaupun nampak remeh ja benda tu, tapi ia jugak adalah langkah pertama buat korang berjaga-jaga sebab teguran lelaki selalunya bersifat amaran.

2)Jadilah pasangan yang menyenangkan
-Ini adalah antara fakta penting yang patut korang pertimbangkan. Lelaki akan kekal dengan perempuan bukan saja sebab paras rupa atau peribadi yang baik tetapi juga sikap perempuan yang menyenangkan. Lelaki mahukan seorang pasangan sebagai tempat berkongsi idea, meluah rasa, disayangi, menyayangi dan bermanja.

3)Fantasi lelaki kerap berubah
-Jangan pikir bukan-bukan pulak ye. Haha. Fantasi di sini adalah  benda yang ingin dicapai oleh lelaki dalam fasa usia mereka. Sebagai contoh, lelaki yang berusia 20-an mahukan pasangan yang cantik dan sempurna,  manakala lelaki 30-an mahukan kereta baru dan kediaman yang sempurna . Jadi tugas korang di sini adalah untuk fahami fantasi dorang dan jadilah pendorong lelaki dalam usaha mereka untuk menggapainya.

4)Jangan biarkan lelaki bosan 
-Ada lelaki yang dikurniakan pasangan secantik bidadari, peribadi semolek pekerti tetapi masih ligat dan liar mencari perempuan lain. Kenapa? Kerana mereka sudah bosan dengan perangai korang yang masih tetap sama dan tak berubah. Contohnya kalau dorang tegur ubahlah sikap cemburu tu, saya tak suka, tapi korang still macam tu, lama-lama fed-up lah mereka.

5) Dekati dunia lelaki 
- Lelaki akan merasa diri mereka dihargai dan dicurahkan perhatian jika korang berusaha mendampingi dunia mereka. Ia seperti satu kesudian korang untuk meneroka dunia lelakinya yang dirasakan sangat berbeza dengan fitrah wanita. Sebagai contoh, korang boleh berbual tentang sejarah pasukan  bola sepak kegemaran pasangan korang. :)


Itu sahaja tips-tipsnya. Diharap pihak lelaki juga consider dengan  perasaan pasangan masing-masing, bertolak ansur kan lebih bagus dalam hubungan. :) Jadi kenalah selalu give and take ya?

Good LUCK.

Urs truly,


LIKE now, pls! :D






Wednesday, October 20, 2010

Jom cantikkan dan cergaskan tubuh badan! :)

Hari ni adalah hari ke-2 saya pergi gym. Jadi addicted lah pulak...hahaha....keluar peluh banyak, rasa macam sihat je tubuh badan. Hehehe...actually saya teman bf pegi gym, sebab dia nak badan yang tough dan berketul-ketul...Erk...berketul-ketul? aiyak takleh blah! saya geli sikit badan yang macam body builder ni. Kalau badan macam Jacob dalam Twilight tu takpa, yang tu baru lah cun. Smart gile, sebab taklah terlalu besar macam raksaksa kan. Just nice. hehe :P

Dan saya rasa saya memang patut ke gym sebab nak hapuskan segala lemak-lemak yang bertakung di peha. Hahaha. Peha besar gedabak tau, macam apa ntah lagi. Haiyaaaa. Semoga dengan kerap exercise saya leh dapat peha yang slim ala-ala Megan Fox. :') okay dah start berangan dah ni, WTH. huhu.


Ha ni lah gambar-gambar yang sempat diambil semalam dan hari ni di gym tersebut. :D mari exercise sambil camwhoring! ahahahah

kasut ni baru beli. Tapi salah ksut. A.mie(owner gym) cakap, ni kasut nak gi jenjalan, bukannya kasut untuk bersenam. hahahaha.wateva.



Urs truly,


LIKE now, pls! :D






P1 Wimax, kenapa sucks sangat?

Wimax, you sucks to the max!!
Tajuk entry saya kali ni adalah ayat emo.Ya saya tau, memang  saya emo.Perasan tak saya tak update blog selama 1 hari?kalau orang yang tak kenal saya mesti cakap, "Ceh satu hari tak update pun nak kecoh". Haa meh saya nak ketuk kepala kalau ada yang cakap macam tu. Saya ni seorang blogger tegar, update mestilah setiap hari, kalau tak update setiap hari tak payah nak jadi blogger tegar lah. Paham? :P

Ok back to the topic, saya takleh nak online sebab P1 wimax gila ni buat hal. Satu hari lembap gila, nak bukak blog pun tak leh. Saya memang tak rekemen langsung korang register wimax, memang sucks gila dia punya internet connection. Ni pun sebenarnya internet tengah lembap lagi ni, saya kena publish banyak kali baru la dia kuar kat entry. Buat saya hangin satu badan ja. :(

Disebabkan wimax buat hal, saya naik boring lalu saya berpikir, why not pegi gym? hehe...memandangkan kawan paksu saya bukak gym kat TTDI, so saya pegi sana ja dengan bf tercinta. Overall, sangat memenatkan..sebab saya ni allergic dengan excercise sebenarnya..Al-maklumlah, lembik nak mampos. hehe. Saya lagi banyak bergambar daripada exercise kot. Hahahahah..





Urs truly,


LIKE now, pls! :D






Monday, October 18, 2010

MMU





Kelas dah start hari ni. Ini bermakna saya tak boleh lagi nak BW slalu. :( Semalam pun satu hari saya tak BW, hampir-hampir membuatkan saya gila sebenarnya (sebab satu hari keluar) heheh.

Sory ya sebab tak balas kunjungan korang semalam. Ampun bu. ada masa, saya terjah sorang-sorang balik. Oh ya hutang award makin berlambak-lambak pulak, sampai nak selesaikan pun saya tak tau nak buat yang mana satu dulu. Soryyyyy.

Tapi memang saya akan buat, cuma lambat sikit lah. hehe. Take care guys! See you soon!

:)

P/S: Earning nuffnang meningkat dan terus meningkat membuatkan saya terbayang TGI Friday's! ;)


Urs truly,


LIKE now, pls! :D






Sunday, October 17, 2010

Rapunzel Rapunzel, let down your hair =)

rindu rmbut ini :(



Hello. Nama saya Rapunzel. Ya, ini nama sebenar( nampak sangat bohong). :P
Saya nak tanya, korang pakai shampoo apa? Saya pakai bermacam-macam shampoo dah, tapi sejak akhir-akhir ini stick to Sunsilk kaler pink tuh. Kenapa? Hurm..ntahlah. Mungkin dah terbiasa kot, so malas nak tukar da. Tapi kadang-kadang saya pakai Herbal Essences, kaler pink jugak. Hanya dua shampoo ni jer lah. Shampoo yang lain saya pernha pakai adalah Dove, Rejoice, Pantene, Loreal, semua ni saya dah cuba. Semua pun bagus juga, tapi sekarang saya stick dengan Sunsilk.
Untuk Sunsilk ni saya pakai sebiji macam gambar kat bawah ni...

shampoo, nourishing conditioner dan protecting leave on.

So far, okelah. :) Disebabkan saya pakai produk Sunsilk saya nak kongsi tips-tips untuk Penjagaan Kulit Kepala dan Rambut yang diberikan oleh Dr.Francesa Fusco, iaitu salah seorang daripada 7 pakar rambut terbaik di dunia yang menghasilkan Sunsilk Co-Creations. Semoga dengan mengamalkan tips ini,rambut kita semua sama-sama sihat dan bermaya.

1) Untuk yang bertudung, pilih tudung dan anak tudung daripada kain kapas agar rambut dan kulit kepala korang dapat bernafas. Fabrik daripada sintetik adalah panas dan menyebabkan korang berpeluh.

2)Gunalah shampoo yang dapat mengawal penghasilan minyak agar rambut tidak kuyup dan leper apabila tudung dibuka. So in this case korang boleh cuba Sunsilk Clean&Fresh yang membersih dan menyegarkan kulit kepala korang untuk menghilangkan kegatalan. Wahh promote gitu.

3)Masa mandi, bilas rambut korang menggunakan air sejuk untuk menutup pori kulit kepala kerana ia boleh mengawal penghasilan minyak. Amalan ini jugak dapat menguatkan kutikel rambut korang.

4)Urut kulit kepala korang menggunakan jari dan bukannya kuku ketika bershampoo sebab permukaan jari lebih lembut. Kalau pakai kuku, hanya akan membuka pori kulit kepala yang mendorong lebih banyak minyak dikeluarkan.

5)Lebihkan pengambilan essential fatty acid. Boleh didapati dalam minyak ikan , aokado dan kekacang. Khasiat ini dapat meningkatkan kualiti kulit kepala dan tubuh.

6) Elak bilik tidur yang terlalu hangat atau kering kerana ia boleh menarik lembapan daripada kulit kepala dan rambut.


Okay itu saja tips-tips yang diberikan oleh pakar kita ni. Terpulang kalau korang nak cuba atau tak. ;)
hehe. Bye!




LIKE now, pls! :D






Saturday, October 16, 2010

Semalam kurus, hari ni GEMUK.

*Yang ayat kaler ijau ni nak baca takpa, tanak baca lagi bagus sebab merepek semata-mata.*


Okay murid-murid. Hari ni Cikgu Dada nak ajar cara-cara untuk kamu tambahkan berat badan sebab kamu semua ni cikgu tengok kurus keding kerempeng macam tak cukup makan jer. Budak-budak umur macam kamu ni tak sesuai kurus, besar nanti kalau nak kurus dan slim macam cikgu takpa. :P hahaha. Kesian anak murid cikgu taw kena kutuk.  :P

Entry kali ni saya buat atas permintaan ramai, yang bertanyakan tips-tips untuk tambahkan berat badan atau dengan erti kata lain, nak transform badan yang kurus kepada berisi/chubby/gemuk. Masa saya post entry nak kurus dulu ramai yang tanya saya cara-cara nak gemuk. Pulak dah.;)


perhatian: gambar ini hiasan semata-mata.tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia :D

tough tak badan i? -tanya Jessica kepada audience.

Tapi takpa demi kawan-kawan tercinta saya turutkan permintaan itu tapi kali ni saya menulis bukan atas pengalaman sendiri lah yer sebab saya tak penah pun cuba nak gemuk, kecuali masa form 4 dulu. Ahaha..cerita lama, sudah jangan dipikirin lagi. waaaahh bahasa indonesia kau. :P
Jadi dengan ini saya nak umumkan untuk buat entry kali ini saya telah meng-GOOGLE-kan diri sendiri, :') untuk mencari info-info yang berguna dalam tambahkan berat badan. Hope u guys suka dan dapat praktikkan lah yer dalam kehidupan seharian korang. :)

Tips-tipsnya:

1) Makan 5-6 kali sehari.
-Ingat ayat ni, "to get BIG, you have to eat BIG!" Makan makanan yang berkarbohidrat tinggi macam roti dan nasi, tapi hindarilah junk food yer kawan-kawan, kalau korang rasa makan junk food dapat tambahkan berat badan , ya mungkin betul tu. Tapi cara ini tak sihat sama sekali, percayalah berat badan korang mungkin bertambah tapi jangka hayat korang nescaya semakin berkurang. So, JANGAN! Ikutlah cara sihat, banyak lagi cara lain selain makan benda macam tu.

2) Bersukan dan olahraga.
-Sukan atau olahraga sebenarmya dapat membantu menambahkan berat badan kerana apabila banyak tenaga yang keluar, korang mesti akan berasa lapar. Tapi memang umum tahu sukan ni sangat bagus untuk kesihatan, so rajin-rajinlah bersukan.


3) Kurangkan merokok.
-Bagi perokok pulak, usahakan untuk kurang atau lebih baik berhenti terus dan gantikan aktiviti merokok dengan mengunyah sesuatu seperti keropok dan sebagainya.

4) Minum susu /milo/ horlicks
-Sebelum tidur minumlah minuman yang hangat seperti minuman milo, susu dan horlicks.Susu khususnya, selain sihat juga dapat menggemukkan badan korang, khususnya susu full cream. Disarankan untuk minum susu jenis full cream dua kali sehari.



5)Tidur sebanyak yang mungkin :D
-Ni memang kena dengan jiwa saya. Saya suka tidur! hahahha. Korang disarankan tidur pada waktu siang sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam. Lagipun tubuh kita perlukan 8 jam minimum untuk berehat. So cariklah masa untuk tidur . tau?

6) Amalkan LEMAK BAIK, hindari LEMAK JAHAT
-Lemak jahat ni macam kek, candy, chips, dan makanan fast food macam McD, KFC, suma tuh la. Yang  ni  korang kena hindari untuk mengelakkan penyakit.
-Lemak baik ni adalah makanan yang ada tinggi protein, tapi kurang lemak. COntohnya adalah ikan tuna (dan segala jenis seafood yang lain), dada ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan, dan selainnya. Haa yang ni baru korang leh makan selalu k?



7)Supplement?
-Untuk tambahkan berat badan korang tak perlu pun benda alah ni, tapi memang benda ni berkesan untuk buat korang gemuk dengan cepat. Tapi benda ni hanya boleh diambil apabila ada good diet dan training program yang konsisten dan teratur.


Okay itu saja tips-tips yang dapat saya cari.Saya curik sini sikit, curik sana skit, jadilah information macam yang tertera di atas. :D Kalau korang ada nak kongsi tips kat bahagian komen dipersilakan. Sharing is caring kan? ;)


So, again...Good luck kepada yang nak try tambah berat tuh! :)


Urs truly,

LIKE now, pls! :D






Friday, October 15, 2010

Teman Tenet Tenuk


Gambar pertama


Gambar kedua


Gambar siapakah ini?
Kenapa gambar mereka ada di sini?
Kenapa? kenapa tidak gambar tuan blog? Why oh why?

(tersengih-sengih) Heeee baiklah. Sebab-sebab mereka ada di entry saya kali ni adalah, saya suka mereka! Yes. I'm a lesbian tolong terima ya jangan marah saya , saya tak dapat halang perasaan ini hahahhahaha JOKE !   The truth is, mereka baik. :) Merekalah teman tenet tenuk saya. Abaikan tenuk tu ya saya saja tambah sebagai penyedap tajuk entry. hahaha. Kan dah secukup rasa tajuk entry saya tu. Ngeeeee. :D
3T you ;)  *takda kaitan.

Ok dah shadap takmo dah main-main kita serius yer sekarang. eheeemmm.(membetulkan suara walaupun tau takda gunanya sebab saya hanya menaip). :')

Dear readers;

Gambar pertama, namanya adalah Cik Bulat. Kepada readers yang selalu singgah mesti tau siapa Cik Bulat nih. Dia adalah Teman Tenet yang best dan baik hati dan selalu ber-ym dengan saya. Orangnya gila-gila jugak. Blog dia sangat comel buatkan saya rasa geram macam nak gigit-gigit lepas tu takmau telan nak gigit jer terus. boleh tak? haha. grrr!

Gambar kedua, namanya adalah Cik Gayahspears. Dialah Teman Tenet yang paling peramah, macam saya jugak. heee. so bila peramah bertemu peramah jadilah genk! Best! Suka sangat dengan dia sebab dia pun baik hati, saya juga selalu ber-ym dan ber-sms-ing dengan dia. Fyi, dia adalah partner BW saya, kiranya selalu jugaklah kitorang BW sama-sama.

Mereka berdua mempunyai satu persamaan: TAK KEDEKUT ILMU. memang respect habes lah dorang, tak kisah habiskan masa melayan kerenah saya yang lembap. ;)

Best oh dunia blog ni. :) Dapat tambah ilmu pengetahuan, kawan-kawan, dan juga tambah duit. hikhikhik. Tak sia-sia saya join blog ni, padahal dulu sangat malas berblog sebab selalu rasa macam masa nak update blog tu tak ada. Sekarang saya percaya, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". :)

This is why, I love blogging so much. Selain dapat mengekspresikan diri, bertemu orang-orang macam kamu, kamu dan kamu, adalah pengalaman yang sangat menarik bagi saya. Thank you guys.
Jom blogging sampai lebam! Hee!



Urs truly,

LIKE now, pls! :D






Nak kurus ke? Sila baca!






Helo semua! Hari ni saya nak kongsi tips-tips untuk turunkan berat badan. :) Kalau nak tau, masa tahun 2007-2009 saya gemuk sangat. Gemuk bagi saya di sini bukanlah sampai ke tahap obesiti, tapi memang gemuklah sampai banyak juga yang tegur, "Eh kenapa gemuk sangat sekarang? Senang hati eh?". hah dengar ja macam tu mulalah saya tak senang duduk. Bermacam-macam cara yang saya lakukan, saya beli segala jenis pil kurus yang ada di pasaran, malah ada dalam bentuk cecair(kena bancuh), then saya beli korset dan pakai tiap-tiap malam, saya beli krim halia untuk sapu kat badan, pergi gym, diet macam nak mati, semua cara saya cuba. Tapi takdalah sampai masukkan jari ke dalam mulut untuk paksa muntah. Ewww. tak suka, sebab kalau muntah sangat sakit,apatah lagi kalau kita yang paksa.  :(




Tapi Alhamdulillah sekarang taklah segemuk dulu, bf saya pun cakap just kekalkan bentuk badan macam sekarang, dia tak suka kalau kurus sangat, nampak macam orang sakit katanya. Dan saya setuju, walaupun dalam hati memang nak kurus gila-gila (bajet nak jadi macam model lah). hhahaha.bongek tau Dada. So nak kurus macam saya tak?*perasan lagi minah ni. Okay kalau nak, baca kat bawah ni. Kalau tanak, stop baca sekarang! Pergi main jauh-jauh!  hahah. Petua-petua di bawah ni adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri (harap maklum)

Inilah dia petua-petua untuk kurus (versi Dada) :


1) Gantung kat dinding bilik seluar jeans favorite masa korang kurus dulu
-Kalau takda, belilah satu seluar yang baru, yang dapat bagi inspirasi untuk korang nak kurus nanti. Motifnya adalah so tiap-tiap hari sebelum kuar bilik korang akan tengok seluar tu, secara tak langsung korang akan jadi lebih semangat untuk kurus. Saya rasa seminggu sekali korang try lah seluar tu, kalau masih ketat, korang patot usaha dan usaha lagi sampai sesuai dengan badan korang.

2) Minum banyak air kosong
-Kalau badan dah debab mestilah korang suka makan kan. So cara awal untuk elakkan korang makan banyak adalah minum air kosong sebelum makan, ini adalah basic untuk proses diet. Serius, saya dulu minum air kosong banyak gila untuk kurus, dan hasilnya sangat memuaskan. :) Tapi tapi, jangan minum banyak sangat waktu malam, waktu siang takpa. kalau tak, badan korang akan mengembang sebab banyak air. hehe

3) Kunyah banyak kali
-Makin lama korang kunyah, makin kecik la makanan tu, so makin senanglah dicerna oleh perut korang. Makan jangan gelojoh yer. Makan pelan-pelan, kunyah pelan-pelan, tapi banyak-banyak kali. Haha ayat apa aku pakai ni. Ok takpa. faham kan maksud saya? dengan cara ni korang akan mudah merasa kenyang.

4)Makan setiap 4 jam
-Tapi jangan salah paham, bukan makan makanan yang berat,maksud saya adalah makan dalam kuantiti yang kecil saja. Ini untuk mengelakkan korang mudah berasa lapar. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sikit adalah lebih baik daripada makan sehari sekali tapi dalam kuantiti yang banyak. tau?

5)Jangan dok timbang kerap sangat la!
-Korang bajet kalau korang timbang kerap, berat badan korang lagi cepat turun la? SALAH! Sebaliknya boleh buat korang makin rasa tertekan dan semakin kuat makan. So chill k? Timbang seminggu sekali, atau 2 minggu sekali baru ok.

6)Makan bubur
-Saya selalu guna cara ni. Saya ni pencinta nasi, so kalau nak diet tu, boleh gila jugak kalau tak makan nasi. So pengganti untuk nasi adalah bubur. At-least taklah menggemukkan sangat macam nasi, and at the same time berkhasiat pulak tu. Letak sayur banyak-banyak , dan sedikit hirisan ayam. Fuh sedap!

7)makan epal hijau
-Yang ni saya amalkan tips daripada majalah. Dorang kata makan epal hijau leh kurus. layankan jerlah. ;)

Ok tu jer lah kot tips-tips untuk korang turunkan berat badan. Cara lain yang korang leh try adalah pakai korset. korset ni berfungsi untuk shaping bentuk badan korang kat bahagian pinggang. Oh ya jangan lupa pakai girdil sekali, one set dengan korset.Mesti kurus punyalah, tapi bukan kurus sekeping, tapi kurus yang curvy. Cun cun! ;)

hehe ok dah habis dah. Selamat menguruskan badan ya! ;) Good luck.





Urs truly,


LIKE now, pls! :D